Tuesday, March 9, 2010

kongsilah perasaan anda...

Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

* Malu
* Takut menjadi bebanan kepada orang lain
* Terlalu peribadi untuk dibincang
* Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
* Bimbang akan reaksi orang lain
* Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
* Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
* Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

* Ketahui perasaan anda
* Luahkan perasaan anda
* Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
* Kongsi perasaan anda dengan pasangan hisup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

* Merasa lega
* Mengurangkan tekanan
* Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
* Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
* Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik

No comments:

Post a Comment